Sunday 17 July 2011

tips penjagaan arnab


 
  1. arnab memerlukan pemakanan serat yang cukup. pemberian hay atau rumput kering serta sayuran tanpa limit amat penting kepada arnab. ini kerana, hay dan sayuran dapat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan masalah "hairball".
  2. selain itu, pemberian pellet kepada arnab dapat membantu dan memberi diet yang seimbang kepada arnab anda. tetapi pemberian pellet sahaja akan mengakibatkan masalah penghadaman dan obesiti kepada arnab.
  3. anak arnab yang berumur dari 1 hingga 7 bulan perlu diberi hay jenis alfalfa kerana. Ini kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.
  4.  pemberian sayuran boleh diberi setelah arnab mencecah umur 4bulan ke atas. pastikan sayuran yg diberi dibasuh dan direndam untuk mghilangkan racun.
  5. pemberian buahan segar juga perlu diberi dalam kandungan yg sedikit sahaja kerana kandungan gula dan karbohidrat yg tinggi yg akan membawa kepada masalah.

No comments:

Post a Comment